Archive

Posts Tagged ‘cerita ringkas’

Anak Kedua

April 5th, 2009

Pejam Mata

Pada lewat petang 31 Mac 2009 isteriku telah dimasukkan ke wad bersalin. Selepas aku dan keluarga menghantar isteriku, kami berangkat pulang. Anak Pertama ku tercari-cari di mana ibunya. Nasib baik anak ku leka bermain di “Play Ground” Hospital dengan kanak-kanak lain, jika tidak jenuh untuk memujuk. Setelah sampai di rumah, seperti biasa anak ku akan mengajak ku untuk bermain dengannya. Samada bermain “Ball” atau “Race” di rumah, dia naik motor kecilnya dan aku pula mengejarnya dengan salah satu mainannya ala jet ski.

Muhammad Asyraaf Mirza  Pakai Kopiah  Anak Pertama  Anak Pertama yang Nakal

Selepas puas bermain anak ku tercari-cari mamanya “maama!”, “abaah!, itu sahaja yang aku betul-betul faham sebutan anak ku yang berusia setahun lapan bulan itu….Selain menyebut “ball!”, “atuk!”..membuat bunyi badak, lembu, kambing,  itik, ayam dan juga “lizard”. Sesampainya waktu tidur, tersentuh hatiku apabila anak ku tercari-cari mamanya. Bila ku cakap jom masuk tidur, dia pun berlari masuk ke bilik. Namun, selepas mendapati ibunya tiada dia keluar semula untuk mencarinya ke sekitar rumah. Mana tidaknya dia seperti “teddy bear” mamanya setiap malam, sentiasa mendapat pelukan dari mamanya. Bila abah peluk dia tak mahu, maka bermulalah adegan pujuk-memujuk supaya dia tidur. Selepas diberi minum “neng” yang dibancuh, mata anakku sudah pun kuyu, mengantuk tapi dia melawan matanya. 

Asyraaf Ride Motor  motor & ball  motor & homesky  asyraafwithcousin

Dia masih menunggu mamanya, dia keluar semula menekan tombol televisyen, menyepak bola dan naik motornya. Walaupun seringkali kelihatan tangannya mengusap mata yang mengantuk. Jarum Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam sedangkan waktu tidurnya pukul 9.00-10.00 malam. “Asyraaf tidur la, mama duk Hospital dengan adik”. Aku cuba memujuk dia supaya melelapkan mata. Dia berdiri di atas katil dan menyebut “mamma!”…”adiiq!”. Aku cuba untuk memeluknya, apakan daya aku bukan ibunya..Akhir sekali aku cuba memeluk dan mengusap belakangnya di bahuku sambil berdiri… Aku menghembus nafas lega kerana dia telah tidur. Lalu aku mengalihkan dia ke atas katil, dia kembali bergerak seolah dipaksa tidur..lalu ku tutupkan lampu untuk memastikan dia betul-betul lena..dunia ku juga gelap seketika.

   “Din!”..”Din!”..”Din!”, aku terdengar namaku dipanggil. Oh! Pak Mertua ku mengejutkan aku kerana doktor telefon dan memaklumkan isteriku terpaksa menjalani satu pembedahan. Sekali lagi jantungku berdenyut kencang, nafas terasa lain. Teringat hajat isteriku. “Abang harap-harap la untuk kali kedua ni..Bersalin normal”. “Abang cari la minyak selusuh untuk mudah kan bersalin nanti”. Namun, selepas aku menelefon nombor yang tertera pada “handset” ku dengan lebih 5 “misscall”, Seorang lelaki menjawab. ” Isteri encik terpaksa dibedah kerana bayi ada masalah jantung, kami terpaksa mengambil “permission” daripada ibu kerana tak dapat hubungi encik”, encik boleh datang ke hospital sekarang kerana isteri sedang menjalani pembedahan”. 

Buka Mata

Aku bersama Bapa Mentua  bergegas ke hospital pada lebih kurang pukul 1.00 pagi. Anak ku ku tinggalkan bersama mak mertua ku di rumah. Setelah tiba di hospital Alhamdulillah. “Isteri dan anak encik selamat”.  Kemudian aku segera pergi mengambil wuduk. Aku Azan kan dekat telinga kanannya dan Qamat kan dekat telinga kirinya Anak Kedua ku. Terima Kasih kepada yang melawat.. Doakan Kesihatan dan Keselamatan untuk anak ku. Semoga Anda Panjang Usia dan Murah Rezeki serta diberkati Yang Maha Esa.

family

VN:F [1.8.0_1031]
Rating: 9.0/10 (2 votes cast)
VN:F [1.8.0_1031]
Rating: 0 (from 0 votes)

Khairul Malay, Personal ,


Sponsored Ads